Monday, 29 June 2015

Proses Pembelian Wang Pos

syafi khizar | 15:43 | 22Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni berkaitan dengan proses untuk mendapatkan wang pos.. Macam entry sebelum ni.. Yaya ada ceritakan proses untuk mengisi wang pos untuk kawan-2 Palam.. Wang pos RM10 untuk ambil transkrip tu.. Entry mana Yaya merepek ni? Klik SINI... Haaa.. Entry tu ha...

Hokey la.. Yaya silap.. :'(.. Sebab ayah yang uruskan bahagian wang pos.. Jadi Yaya assume pergi kat kaunter pejabat pos tu.. Sengih-2 macam kerang wangi.. Cakap nak beli wang pos, terus dapat wang pos.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Kena isi borang dulu ghupenyaaa..

Sebelum dapat wang pos yang begini ghupenya..


Kita kena isi satu borang dulu.. Borang ni kira macam permohonan untuk kita beli wang pos.. Acah-2 je borang permohonan.. :P.. Masa nak isi borang untuk beli wang pos ni.. Beberapa orang rakan Yaya menemui jalan kebuntuan.. Ayat kau.. Tak payah bersastera sangat boleh? Yaya akan guide cara untuk isi borang wang pos ni..


Yaya guide cara untuk kita dapatkan wang pos. Maksudnya, kita sebagai pengirim wang pos tersebut..


Ruangan Tandakan / bagi yang berkenaan

Tandakan / pada kotak PENGIRIMAN / PEMBELIAN

Denominasi Wang Pos : Tandakan pada kotak RM10 (kalau nak ambil transkrip kena beli wang pos RM10, so, tandakan pada kotak RM10 terus..) Tapi, kalau kamu nak beli wang pos selain dari RM10, tandakan pada kotak yang bersesuaian..

Jumlah Kiriman : RM10


Ruangan Wakil

Biarkan kosong pada ruangan ni, jangan tulis apa-2


Ruangan Maklumat Pengirim / Penerima

Untuk ruangan ni.. Kamu kena tulis maklumat mengenai diri kamu sebagai pengirim... Contoh, Ali nak kirim wang pos RM10 kepada Abu (Bendahari UiTM) Untuk dapatkan transkrip rasmi. Jadi, dalam ruangan maklumat pengirim/penerima, Ali kena tulis maklumat mengenai dirinya..
  • Nama : Ali bin Ahmad
  • Alamat : No 17, Lorong UK 2
  • Bandar : London
  • Poskod : 98765
  • Negeri : United Kingdom
  • No. Telefon : 010-2345678
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 1900
  • Jenis Kad Pengenalan : Tandakan / pada kotak MyKad
  • No. ID : Nombor IC kamu.. 000620052341
  • Warganegara : Malaysia
  • Tempat Lahir : Birmingham
  • Jantina : Lelaki.. (Kalau perempuan tanda pada kotak perempuan, jangan lurus sangat ikut Yaya ni..:p)
  • Hubungan dengan Pengirim / Penerima : Sebab nak kirim wang pada orang yang tak kenal, jadi tulislah TIADA HUBUNGAN
  • Tujuan Transaksi : Mendapatkan Transkrip
  • Pekerjaan : Pelajar
  • Jenis Perniagaan & Punca Dana : Biarkan kosong dua-2 ruangan ini.
Jangan lupa untuk tandatangan kamu di bahagian Tandatangan Pelanggan dan tulis tarikh sekali..

Dah siap ! Kemudian, pergi ke kaunter dan bagi borang ni dan ehem.. hulurlah duit RM10.. Jangan tak hulur pula .. See ya !

Persediaan MUET

syafi khizar | 09:19 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yeay ! MUET tak lama lagi.. \\Oppss.. bukan Yaya nak ambil MUET!!!// Ada beberapa orang junior Yaya tanya, persedian nak dapat result MUET gempak vom vom kebabom macam Yaya bak kata mereka.. ||Manadagempaknya... Mereka MENIPU!!!|| Secara jujurnya hadek-2 yang hakak sayangi sekalian... Akak study malam & dua hari sebelum MUET tu je. Hari-2 lain tak study.. Uhuks..

MUET terbahagi kepada 2 paper;

  • Paper Speaking
  • Paper Listening,Writing & Comprehension
Untuk paper Speaking, Hentam sajalah labu.. :P Ok la, Jujurlah sayang sejujur-jujurnya.. Waktu kat Palam, Yaya lebih banyak 'sepaking' dengan dua orang housemate ni dalam English compared to Malay.. & sorang lagi Yaya akan bersepikingg London dengan schoolmates Yaya, Mecq namanya.. Memang dari kami classmate masa sekolah menengah, kami sepikinggg London.. Honestly, Yaya lebih suka sepikinggg London compared to cakap Malayss.. So, That's why la Yaya tak rasa awkward sangat bila orang suruh speaking.. :)

Speaking ni banyak tajuk.. Setiap hari akan keluar soalan yang berlainan.. Dan setiap hari ada 5 set soalan speaking yang akan dikeluarkan.. Topik-2 yang perlu kamu kuasai.. \Ceh ! Macam nak ambil SPM gayanya../ adalah semua topik... Mihmihmih.. Tak la, Speaking Test ni nak uji tahap berkomunikasi & pemikiran kita.. So.. Bagilah apa-2 respon, jangan diam je.. Bagilah jawapan yang logik.. :) Macam Yaya, dua hari sebelum Speaking Test, Yaya akan buat revision.. Caranya, Yaya cari mana-2 bukan koleksi soalan MUET, kemudian, Yaya akan salin soalan dan jawapan untuk speaking test dalam buku tu.. Malam sebelum Speaking Test, Yaya akan baca balik.. Em' Yaya takdelah salin semua jawapan, cuma salin isi-2 penting dan tengok cara olahan ayat dia suapaya masa Speaking Test betul-2 nanti, Yaya ada idea untuk hentam apa.. >_<

Paper Listening.. ||Markah paling rendah.. Sob..Sob..Sob..|| Ok la, macam yang sedia maklum.. Nama pun listening jadi kita cuma kena mendengar je la kan sambil menulis jawapan.. :P Untuk listening.. Setiap hujung minggu, cuba la pasang video-2 English.. Movie English & lagu English.. Bukan apa, mudah untuk kita memahami accent nya nanti.. Kadang-2, boleh keliru dengan perkataan yang disebut.. 

Untuk Writing and Comprehension... Yaya sarankan kamu membaca lebih banyak buku/akhbar genre English... Plis la weyy ! Korbankan sikit masa untuk baca bahan bacaan English.. Tak rugi pun.. Jangan baca je, yang mana tak faham maksud tu, carilah maksud dia dalam Kamus..Online Dictionary ok juga.. Yaya kalau laptop terbuka ni, komfirm-2 guna online Dictionary.. Da tahu maksud dia.. Jangan lupa tulis... Beli buku latihan kecik tu, jadikan buku Vocab.. Online Cambridge Dictionary. Yaya suka guna Cambridge Dictionary.. :D 

FYI, pemeriksa kertas dia tak tengok ayat kita yang flowery-2 tu.. Macam ESSSPIIYYEEMM..
My adrenaline run vigrously
My rossy cheeks turn red
Takde.. Takde.. Semua ni membazir masa je.. Pemeriksa tengok cara penggunaan vocab.. Maksudnya, Vocab yang kita gunakan luas atau tahap budak sekolah rendah.. Contoh... Foggy instead of a cold day .. Absurd instead of Stupid... See? Dengan perkataan-2 yan bombastic ni, kamu akan dapat markah bonus.. Maka untuk itu... Banyakan membaca bahan bacaan genre English.. Ok la, kalau kamu malas sangat.. Baca tajuk besar setiap muka surat pun da okay.. :) Practice Makes Perfect bro/sis... Kalau malas juga.. Bacalah komik-2 English.. Yang ada gambar-2 kartunnss semua tu.. :)

Untuk bahagian Comprehension.. Serious talk.. Petikan dia boleh menimbulkan kekeliruan.. Part comprehension ni, kamu kena baca berulang kali dan fahamkan petikan.. Soalan takdelah tricky mana kalau kamu faham kehendak soalan dan petikan yang diberi.. Kalau tak faham apa-2, memang naya abis la.. Untuk part ni, Yaya banyak buat latihan dari buku-2 soalan MUET tu.. Eh lupa pula.. Comprehension ni soalan dia ada pilihan jawapan.. Nampak senang kan? Tapi tak semudah yang disangka kalau tak faham petikan.. Pokok pangkalnya.. Fahamkan petikan. :P

Kyaahh.. Sampai di sini sahaja Yaya membebel mengenai MUET.. Good luck !

PreMedic UiTM

syafi khizar | 00:50 | 8Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Baru-2 ni, kawan-2 Yaya (Kawan Asasi Palam) kebanyakannya keliru.. Keliru dengan apa? Kos PreMedic UiTM.. Okay, this is special about UiTM Foundation.. Untuk mereka yang berminat dan cenderung untuk sambung belajar dalam Medicine UiTM, Fakulti Perubatan UiTM ada sediakan satu program khas untuk mereka ikuti.. Program tu nama dia Pre-Med UiTM.. Ala-2 prasekolah gitu.. Tempat untuk mengenali kos medic UiTM ni..

Eh lupa pula.. Kos Pre-Med ni khas untuk lepasan asasi UiTM.. Pelajar asasi/matrikulasi lain tak boleh apply mahupun mengikuti program ini.. Pre-Med dilangsungkan selama sebulan bermula dari minggu akhir bulan Mei sehingga minggu ketiga bulan Jun.

Kos Pre-Med ni dipilih sendiri oleh dekan-2 / orang-2 besar dalam fakulti perubatan UiTM.. Mereka yang layak mohon adalah semua pelajar Asasi Sains UiTM dan PNGK 3.5 ke atas.. Maksudnya, pointer sem 1.. Aha.. MUET Band 4.. Tapi mostly, bergantung pada luck.. Ada orang pointer 4.0 dan MUET Band 5 pun tak dapat.. So, depends on your luck and rezq..

Ingatan penting ! ! ! ! ! Kos Pre-Med UiTM langsung takde kaitan dengan permohonan UPU Kos Perubatan UiTM.. Pre-Med ni cuma satu program... Program membantu untuk menaikkan minat mereka yang nak sambung belajar dalam bidang perubatan dan pendedahan awal mengenai kursus perubatan UiTM ni.. So.. Siapa-2 yang tak dapat Pre-Med UiTM tapi mohon Medic as your first choice.. No worries. Kalau you melepasi syarat untuk kos perubatan ni, in shaa Allah.. Akan terpilih juga nanti.. Ingat ! Pre-Med cuma satu Program.. Terpilih untuk join Pre-Med tak bermaksud automatik terpilih untuk sambung Degree Medic UiTM.. PRE-MED CUMA PROGRAM sahaja yang dianjurkan fakulti perubatan UiTM..

Harap jelas.. :D

Student Pre-Med batch 2014/2015..

Friday, 26 June 2015

Ayat Sentap 2

syafi khizar | 20:59 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Aii tersentap semalam.. So, hari ni, aii nak buat entry pasal ayat sentap.. Okeh.. Ayat-2 ni takde kaitan dengan ayat sentap semalam.. Baca buku pun di'sentap' oleh orang... Salah ke membaca? Hai la manusia.. Okeh. Let's continue our entry...

Macam biasa, ayat-2 sentap di bawa Yaya credit kan kepada CikPuanRoti.. Sahabat Yaya dunia akhirat.. In shaa Allah.. Amiin..

Allah tahu bila saatnya sebagaimana Dia tahu saat Adam perlukan Hawa.
Yang halal itu sentiasa beri bahagia. Jadi buat apa nak kejar cinta yang buat kau lari jauh dari redha Allah?
Allah takdirkan senyum kau itu lagi indah dari indahnya pelangi.
Teduh-2 pohon nan rimbun. Teduh lagi kasih Ilahi.
Jadilah seperti tamar. Biarpun hitam pada pandangan manusia, jutaan hikmahnya hanya Allah yang tahu.
The most beautiful word in this world is MOM.
Sahabat bagaikan angin, datang mendamaikan, datang taufan melanda.
Dalam kau bergegas buat kerja atas dunia, kenapa kau tak buat yang sama pada suruhan Allah..? Jangan tak adil dengan Dia yang limpahkan nikmat, cinta, sayang pada kau dari kau mula nafas pertama sampai kau hembus nafas terakhir. Allah pandang kita dengan kasih sayang. Sentiasa.

:-) Semoga bermanfaat. :D

Klik : Ayat Sentap 1 , Ayat Sentap 3

Thursday, 25 June 2015

Tips Dapatkan CPUV Nuffnang

syafi khizar | 15:58 | 3Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk buat entry mengenai tips dapatkan CPUV Incik Nuffnang.. Apa CPUV ni? Dia adalah iklan Nuffnang yang biasa cuma dikategorikan dalam Cost Per Unique Visitor. Maksudnya, setiap unik visit kita boleh dapatkan fulus.. Kalau pengunjung yang rajin klik iklan CPUV kita ni. Extra fulus akan diberikan.

Yaya tahu dan memahami sangat ! CPUV memang susah nak dapat. Tapi kalau kita tahu tricks & tips, in shaa Allah mudah.. Melainkan kamu tu blogger famous. Haihh.. Takyah cakap la, memang senang.. Untuk orang-2 biasa macam kita ni, sedikit tricks & tips diperlukan :D Apelaaa yang iolllssss merepek ni.. Okay la, kita teruskan kepada tips & tricks dapatkan CPUV Nuffnang :D

1. Rajin hantar tiket kepada Nuffnang :
Apa pula tiket ni? Tiket ni macam tempat untuk kita buat enquiry, tanyakan soalan kepada Nuffnang.. Rajin-2 kan lah hantar kemudian letakkan pada HIGH PRIORITY.. Rajin macam mana tu? Maksud rajin kat sini, sekali seminggu pun da okay. Asalkan hantar tiket, biar pihak nuffnang nampak kesungguhan. Aicehh!  Nanti pihak Nuffnang akan hantar emel & bacalah jawapan kepada soalan kita tu.. Masalah pula, soalan apa nak ditanya? Taram dan hentam sajalah.. Tanyalah cara nak dapatkan CPUV, Siapa yang berkuasa bagi CPUV, CPUV tu penting ke? Hentam sajalah.. Asalkan matlamat kita untuk hantar tiket. Cara nak hantar tiket, tekan pada contact us --> Submit Ticket

2. Rajin update survey Nuffnang :
Haa ! Jangan risau, ramai juga sebenarnya tak tau survey Nuffnang tu & tak pernah update pun.. Kat mana nak update survey tu? Pergi dekat Profile Setting --> Blogger Bio.. Harap-2 faham.. Kenapa penting update survey? Penting untuk pihak Nuffnang tahu akan kewujudan blog kamu. 2-3 minggu sekali hapdate la.. :D

3. Rajin Blogwalking :
Blogwalking pun memainkan peranan yang sangat penting. Sebab, pihak Nuffnang akan lihat berapa banyak visitor yang datang ke blog kita. Prioriti diberikan kepada blog yang hari-2 jumlah pengunjung 1k++.. Tapi jangan risau, kalau kamu mampu kekalkan jumlah visitor 100++ setiap hari, tak mustahil kamu akan dapat CPUV.

4. Rajin Klik-2 Nuffnang Blogger lain :
Okay, yang ni Yaya rasa mainkan peranan yang penting juga. Sebab, Setiap kali kita visit dan klik Nuff blogger lain, nama kita tersenarai sebagai "Blogger Recently Visit Your Blog".. Dalam erti kata lain, pihak Nuffnang tahu keaktifan kita dalam dunia blogger dan nuffnang ni.. Untuk itu, sedikit sebanyak dapat tingkatkan prioriti untuk blog kita tersenarai penerima CPUV Nuffnang.

5. Update Blog :
Ahaa  ! Last but not least, mengenai hapdate blog. Tak berapa penting sangat sebenarnya. Tapi.. Penting la juga.. Bila kita selalu update blog, pihak nuffnang akan tahu blog kita aktif atau tidak. Kalau aktif, mudahlah mereka nak bagi iklan, takdelah sia-2...

6. Kedudukan Iklan Nuffnang dalam Blog :
EH ! Ni yang terakhir. Baiklah T_T Kedudukan iklan Nuffnang dalam blog sangat penting sebenarnya. Sebab... Bila iklan berada pada kedudukan yang terbaik, maka, mudahlah untuk orang lihat apa-2 promosi terkini.. Jangan nak sorok sangat iklan Nuffnang tu.. Kalau sorok iklan Nuffnang, maka pihak Nuffnang pun akan malu-2 la untuk berikan CPUV kepada ahlinya ..

Semoga bermanfaat ^_^

CPUV Campaign

syafi khizar | 01:35 | 4Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum !

Lompat si katak lompat.. Heyyy !  Alhamdulillah, setelah dua bulan menggunakan Hencik Nuffnang.. Akhirnya ! CPUV Campaign melekat jugakss.. Satu pencapaian yang erm, agak bagus :P Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan, Semoga Incik CPUV kekal istiqamah dalam memberikan dana.. :D


CPUV kali ni membakar semangat dan jiwa untuk maju berblogging, berblogwalking, mengklik nuff blogger lain..

Eh! ! !  Dua bulan dah dapat CPUV? Cepatnya? ||Poyo ! Tahulah ada orang seminggu dua da boleh dapat CPUV|| Bagi yang tak femes amos dan hebat macam Yaya ni, perasaan sukar digambarkan.. In shaa Allah, Yaya akan kongsikan tips untuk cepat mendapatkan CPUV. Last but not least.. Incik Nuffnang ! I love you bebeh ! Stay with me for the rest of my blog.. Ihiks. :D

P/s : Bagi mereka yang mahu Yaya blogwalking & klik nuff.. Boleh tinggalkan comment @ tinggalkan link di cbox. :D

Ujian Statik

syafi khizar | 01:26 | 6Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ! Berkat bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.. Yaya lulus ujian statik.. Dekat tiga hari juga la menyepi kan..? Maaf semua yang bw & follow.. In shaa Allah, Yaya akan bw & follow balik..

Gila ! Study maut kot untuk ujian statik ni. Ek eleh ! Ujian Statik je pun.. Haa, yang "JE PUN" tu la yang merisaukan.. Ada orang, berpuluh-puluh kali kena ulang, Pheww.. Setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, aiceh.. 2,3 kali kena tukar komputer... Pucat lesi muka. Tak pasal-2 kena repeat, buat malu je.. Satu jam yang diperuntukkan memang diguna sehabis baik la.. :P Ayah Yaya siap cakap la "Amboi.. Ingat exam final ke nak guna masa sepenuhnya?" Oh kemon daddy (amboi!  Daddy sangat~), kena repeat nanti habiskan duit je..

Btw, ada yang tertanya-tanya, Ujian Statik tu ujian apa? Ujian statik adalah ujian berkomputer JPJ, Jangan risau, soalan dia ada pilihan jawapan, ada juga soalan warna dan penglihatan..

Di sini.. Yaya nak promote bagi mereka yang nak ambil ujian statik, tak perlu baca buku sangat la.. Download apps ni, soalan beserta jawapan lengkap ujian statik.. Boleh semak jawapan yang salah dan tahu jawapan yang betul.. Secara keseluruhannya, ada 500 soalan. Soalan-2 statik ada juga disediakan dalam bentuk buku, boleh dapatkan di mana-2 cawangan kelas memandu tempat masing-2.. Eh ! Membebel benda lain pula.. Ok-2, download apps ni, jangan tak download.. In shaa Allah boleh lulus kalau baca betul-2 soalan ni..




Good luck  !

P/s :  Gigi bongsu baru nak tumbuh.. Sakitnya tuh disini.. ||Rahsia di Sebalik Kehilangan Yaya||

Monday, 22 June 2015

Tips Excel dalam AddMath

syafi khizar | 14:15 | 4Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

AddMath? Kacang gorengss jahhh.. Pening kepala?

"Kak Yaya !  Tolong saya. AddMath susah la.."

"Akak ! Saya fail AddMath"

"Akak !  Saya benci AddMath"

Hai adik-2  sekalian, take it easy meh.. Jangan la mudah down bila fail. Alaa, AddMath je pun. :P Chill, Rileks ahh.. Kamu boleh skor AddMath kalau kamu tahu formulanya, faham isi kandungannya, buat kerjanya bukan meniru. \\Eh ! Tersentap pula// Okay ! Yaya akan kongsikan beberapa tips untuk skor well dalam AddMath ni. Bukan susah pun, senang jah. Yang penting ada kemahuan dan rajin.
  • Rajin buat Latihan
    Sekurang-kurangnya, setiap hari, kamu mesti siapkan satu soalan AddMath. DIULANG ! SEKURANG-KURANGNYA. Tapi, kalau Yaya, Yaya target satu muka surat. Kalau tak faham, untuk 3 kali yang pertama, buat latihan sambil rujuk nota/buku rujukan @ jawapan belakang. Jangan copy paste tapi tak paham satu habukss pun.
  • Buat Latihan sebelum Revise Subjek Lain
    Macam mana tu? Tips dia, AddMath tak perlukan hari yang khusus untuk study, cukup sekadar buat latihan satu soalan sebelum ulangkaji subjek lain. Contoh, target kamu hari ni nak study Biology, sebelum mulakan study Biology, kamu pilih satu soalan, dan jawab sampai siap. Kalau dah siap, baru study Biology.
  • Buat Latihan Soalan Sama Berulang Kali
    Kalau Yaya, setiap minggu, Yaya akan test diri untuk jawab soalan yang sama. Kan Yaya mention kat atas, buat sebanyak 3 kali dengan merujuk nota dll.. Untuk kali keempat, jangan rujuk nota atau apa-2 bahan untuk dijadikan rujukan, Cabar diri untuk uji kefahaman mengenai soalan dan topik tersebut.
  • Buat Latihan Soalan Past Year
    Jujur Yaya cakap, Yaya cuma buat soalan past year berulang kali. Tambahan latihan Yaya soalan past year SBP. Yaya cuma ada satu buku latihan AddMath. Buku tu da siap dengan solution dan soalan yang pelbagai. In sha Allah, kalau rajin belek buku tu ditambah dengan soalan past year, AddMath memang A+++ la. :D
  • Tanya Guru
    Sekurang-kurangnya, setiap hari, kamu pergi berjumpa guru untuk tanya soalan yang tak faham. Atau suruh cikgu tu terangkan, kenapa jawapan macam gitu, gini, Ada cara yang lebih mudah untuk selesaikan tak.
  • Ajar Kawan
    Tips terakhir, Yaya selalu ajar kawan, tak kisah la dia tanya ke, tak tanya ke, Yaya buat muka kering je ajar diorang. Diorang tak faham, Yaya tak faham, sama-2 tanya cikgu. 
That's all. Thank you :D

Friday, 19 June 2015

Giveaway bersama Wayne Harraz

syafi khizar | 05:39 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Syarat penyertaan"

1. Buat entri bertajuk 
"Giveaway bersama Wayne Harraz"

2. Copy dan Pastekan Banner/Gambar yang kat atas tu dan link kan ke entry ni

3. Follow blog

4. Follow Instagram

5. Add friend Facebook
ewentostylo

Penyertaan di buka dari:


18/6/2015 sehingga 30/6/2015

Pemenang yang bertuah akan memenangi:

2x Kupon RM10 OFF Papa John


Manakala yang lain akan di masukkan ke dalam bloglist Abe We. Selain dapat menambahkan ukhwah, bolehlah kita saling berblogwalking.

Oleh kerna hanya ada 2 baucer sahaja, makanya hanya seorang pemenang bertuah sahaja yang akan menang.

Lain kali kalau ada yang sudi nak sponsor boleh la PM Abe We ye.

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

syafi khizar | 05:30 | 12Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..



Syarat-syaratnya:

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
3. Follow Blog

4. Follow Instagram 

5. Like Fanpage

6. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.
Mudah je kan...?

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Doodle (Handmade) -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Terima kasih & Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua!

p/s : Kalau ada antara korang yg takde IG @ Facebook ke, masih boleh join...tapi kalau takde blog tak boleh la ye..hihihi

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

syafi khizar | 05:25 | 8Comments |
Bismillah.. 

Assalamualaikum..

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

Thursday, 18 June 2015

Questions to be Asked During Interview

syafi khizar | 20:44 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni, semua benda perlu interview ; Cari kerja, Sambung belajar, Dapatkan biasiswa, dll.. Kalau takde interview, tak sah..

Ada beberapa orang rakan Yaya bertanya mengenai tips untuk interview ni. Jawapan Yaya senang je, Banyakkan buat research pasal kos & universiti yang kita nak masuk dan Sebelum habis interview tu, banyakkan tanya soalan.

||Sambil mereka menggaru kepala yang tak gatal tu||

"Soalan apa yang nak ditanya masa interview?"

Kan Yaya cakap, buat research sikit pasal apa yang kita nak mohon tu, kemudian, putar belitkan fakta, tanya pendapat, dll..

Yaya kan baik hati \\PERASAN!!!//.. Untuk teman-2 tersayang, Yaya bagi serba sedikit soalan yang kamu perlu tanya masa interview.

  • What is your opinion about this course? Do you think Malaysia still need this course for the future generation?
  • I've done a few researches about this course, so, is there any subjects that this course will combine with another course?
  • So far, what is the size of the class? How many students in a class?
  • How many credit hours per subject?
  • How does this school incorporate with technology in their curriculum?
  • What is the grading system? Is it fail / pass or are letter grades issued?
  • If we're supposed to have clinical experienced, what kind of patients do we serve?
  • I would like to have my feedback so that I can analyze & improve my strength.. (Soalan wajib calon iv tanya)
Kenapa kena kemukakan soalan? 

Jawapannya, supaya mereka tahu kesungguhan kita untuk dapatkan apa yang kita hajati. Supaya kita unik.. Lain dari calon iv yang lain.. 

Sesetengah orang mungkin ambil remeh pasal soalan yang perlu kita tanya, TAPI ketahuilah ! Salah satu kunci untuk lulus daripada iv adalah banyak bertanyakan soalan. Peace yaw ! 


16:40
Indeed, Our word to a thing when We intend it is but that We say to it, "Be," and it is. (16:40)

Interview Bachelor of Pharmacy MSU

syafi khizar | 15:20 | 6Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

16 Jun 2015, sekali lagi, Yaya menjejakkan kaki ke Menara MSU aras 2.. Interview lagi.. Haiyaa.. Kos yang Yaya minat memang semua kena ada interview eh? Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

First impression sampai-2 MSU tadi, 'Ramai la pula yang interview hari ni.. Biasanya sikit je'

Interview dalam kertas tulis pukul 9 am.. Tapi mula pukul 9.45 am macam tu.. Sokay, boleh hilang-2 kan nervous..

Pukul 9.15 am macam tu, calon interview kena beratur untuk tandatangan kehadiran..

Nama Yaya takde dalam list???? What??? Jahat.. Jahat.. Jahat...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Okay , Yaya lupa nak komfirmkan kehadiran sebenarnya.. mihmihmih.. Salah sendiri sebenarnya.. Mujur bawa surat tawaran iv tu, tunjuk, kemudian orang tu suruh tulis nama.. and of course, kalau da tulis guna tangan, komfirm-2 la calon terakhir.. Nombor 20.. Dekat 2 jam juga la tunggu.. and you know what? Most of them batch 93-95.. Yaya & sorang budak Perak ni je sama batch..

One more thing, timbang berat purata kaum Melayu, India dan Cina sama banyak yang datang iv hari ni..

Interview ni secara individu, speak in English kayy..

Sorang demi sorang dipanggil untuk iv..  Sorang demi sorang keluar.. dan... finally, my turns !

Masuk sebuah bilik dengan penuh berhati-2, kemudian jumpa Puan/Encik Panel tu. Oh lupa inform, ada sorang je panel..

Iv ni sebenarnya tak stress macam equation E=mc^2.. Interview ni nak tengok keyakinan bakal pelajar je sebenarnya, tapi tak bermakna hadir iv ni, dah sah kita dapat tempat dalam Bachelor Pharmacy ni.. Only 100 selected students will be selected..

Soalan-2 yang akn ditanya simple-2 je.. Yaya bagi tips je la eh.. Buat persediaan mental yang secukupnya dan sediakan dokumen yang diperlukan..

Tips Soalan Interview :
  • Tell me about yourself
  • Why you choose MSU to further your studies?
  • Why you choose Pharmacy?
  • What do you know about Pharmacy?
  • What do you know about MSU?
  • What current issues regarding Pharmacy?
  • What can you say about this course?
  • What is your first impresions on MSU?
P/s : Soalan atas ni adalah soalan paling klishe para penemu duga akan tanya.. so... Good luck !

P/s : The interviewer said to me "Never trust foreign / stranger in your life."

Wednesday, 17 June 2015

Cooking Vocabulary

syafi khizar | 16:32 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Terjumpa gambar ni dekat Incik Facebook.. Saje nak share.. Somehow, it's really help some people..

Manusia, kadang-2 lain yang disuruh, lain yang dibuat.. Diharapkan, gambar-2 ni akan memberi sedikit ketenangan kepada mereka yang gemar memasak. Jangan salah dah lepas ni.. Lagi-2 yang suka guna resepi dalam English, Jangan buat silap !






Apps Ramadan Legacy

syafi khizar | 16:08 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum.. 

Yaya baru je download satu apps ni, bersempena dengan Ramadan yang bakal menjelma dalam beberapa jam lagi.. :D An awesome apps.. All muslims should have it.. Ramadan Legacy  nama diberi.


Apa yang bestnya app tu?

  • Mula-mula dia mintak 3 goal yang kita nak capai sepanjang ramadhan. Thats personal goal. So app tu akan bantu kita track sejauh mana kita capai goal tu.
  • Then, die track juga basic ibadah yang sepatutnya kita lakukan seharian. Solat, puasa, berapa page baca Al-quran.
  • Die juga ada provide journal. Kita boleh tulis ape2 yang kita rasa at that moment. Atau mubasabah masa ramadhan nanti.
  • Die jugak connect kita dengan 10000 muslim seluruh dunia, keep sharing status tentang ramadhan atau bagi tips. Kita jugak boleh jumpa ramai lagi muslim yang berpuasa sambil meningkatkan amalam-amalan sunat.
  • Dia jugak ada 'knowledge library' yang sediakan PDF tentang ramadhan yang boleh kita buat bahan bacaan sepanjang ramadhan.
  • Last but not least - my favourite - is the doa, hadith and ayat of the day. Setiap hari kita akan dapat doa baru, hadith baru dan ayat baru utk diamalkan bersama.

Musim handphone kat tangan ni, kalau tak mampu nak jauhkan dari kita, elok kita manfaatkan bersama ke arah kebaikan. Kalau dah download, jemput invite friend facebook utk mencuba sama. Selamat mencuba. 

P/s : Boleh download kat PlayStore :D


Bersihkan Kain Buruk Anda ! ! ! !

syafi khizar | 14:51 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Setiap rumah mesti ada at least, sedozen sehelai kain buruk. Kalau takde tu, haihh, nipu sangat la.. Walaupun kain buruk tu buruk, jangan la abaikan dia.. Sian dia.. Kena la bersihkan juga.. Sesekali, bagilah chance dia wangi juga.. :D

Al kisah, Yaya pergi tolong kenduri rumah orang ni, kemudian, ma shaa Allah.. Kain buruk dia.. Berlendiaqq bak hang .. Berminyak . Rumah orang kan, so.. Tak bole nak memandai-mandai.. Kemudian, datang la sorang aunty ni, dia cakap "Dik, kena bersihkan ni, cari clorox, berlendir sangat da ni" Yaya pun dapatkan la clorox..

Okay ! Motif dia hari ni, Yaya nak ceritakan cara untuk bersihkan kain buruk yang berlendir tu, Resepi untuk hilangkan minyak pada kain buruk tu supaya mudah diguna pakai balik masa akan datang..

  • Masukkan kesemua kain buruk yang nak dicuci tu ke dalam baldi.
  • Letakkan satu penutup clorox ke dalam baldi tu.
  • Letakkan air dan rendamkan mereka..
  • Biarkan selama setengah jam.
  • Selepas 1/2 jam, bilaskan macam biasa dan keringkan
 Lepas kering, boleh guna macam biasa.. Siap .. :D

Tuesday, 16 June 2015

Foundation in Science MSU Scholarship Interview

syafi khizar | 17:33 | 8Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Mei 2014.. Yaya dipanggil untuk ditemu duga untuk mendapatkan tempat dalam menjadi salah seorang pelajar asasi MSU.. Interview Scholarship Foundation in Science.. Dengan muka tak berperasaan, Yaya tolak tawaran scholarship tu.. -,- Baik takyah datang interview kan? Otak sengket masa tu.. First time interview, perasaan dia lain sikit la.. Tak pernah ada iv kan sebelum ni..

Apa-apa pun, Yaya nak kongsikan pengalaman iv ni..

Pukul 9 am - Pendaftaran

Sebab Yaya calon pertama, jadi, giliran Yaya abis awal la kan. :P

Yaya kena masuk bilik iv tu.. Gerun gilakss kot masa tu..

Kemudian, akak kaunselor tu cakap, rileks-2 je.. Soalan tak susah..

Yaya pun cubalah senyum..

Masuk dalam bilik tu, penemu duga tu lelaki.. Seorang.. Lagi la menggerunkan..

Kemudian, encik penemu duga tu senyum. Okay, takde la gementar sangat..

Boleh pilih nak cakap Melayu atau English..

Okay..

Soalan pertama : Ceritakan tentang diri awak.

Soalan kedua : Dari mana dapat tahu pasal MSU dan scholarship ni?

Soalan ketiga : Kenapa MSU menjadi pilihan awak?

Soalan keempat : Apa cita-2 awak pada masa depan, kenapa awak pilih cita-2 tu?

Soalan kelima : Jika awak diberi biasiswa ini, apa yang akan awak lakukan?

Soalan keenam : Matlamat awak lepas dapat biasiswa ini.

Okay, sejujurnya ! Soalan-2 ni je yang Yaya ingat.. Good luck every one !

Monday, 15 June 2015

Biskut Chocolate Chip Badam

syafi khizar | 09:53 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Biskut Chocolate Chip Badam menjadi pilihan untuk minuman petang semalam..

Bahan-bahan :
  • 200 gram butter
  • 300 gram self raising flour
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm gula halus
  • 150 gram chocolate chip
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan koko
  • 1 camca teh chocolate emulco
  • 1 camca teh vanilla

Cara-caranya :
  1. Krimkan butter, gula dan masukkan telur dan vanilla.
  2. Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, koko dan chocolate emulco
  3. Masukkan chocolate chip dan badam cincang. Sebatikan.
  4. Sedukan ke dalam loyang, panaskan oven, bakar pada suhu 190°C dalam 15 minit.


P/s : Warna cookies bergantung kepada berapa banyak kamu letak chocolate emulco. Yaya terletak lebih..  Btw, rasa tetap sama "D

Sunday, 14 June 2015

Maklumat Lanjut Transkrip Rasmi UiTM

syafi khizar | 21:02 | 31Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

dua tiga hari ni, Yaya dipenuhi dengan whatsapp menanyakan mengenai pengambilan transkrip rasmi UiTM.. Ada yang minta Yaya tolong semak apa yang mereka tulis. Tak boleh jadi ni.. Yaya kena buat entry khas mengenai cara mengisi dan mendapatkan wang pos.. Harap-2 semua faham.. Ameen..
Entry ni khas buat mereka yang nak dapatkan transkrip UiTM secara pos.

Download borang transkrip UiTM di :
http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 


  • Name in full : Nama penuh kamu (ALIF BIN YA)
  • Date of birth : Tarikh lahir kamu (31121990)
  • Programme Code : Kod Program kamu (PI090)
  • Gender : Jantina kamu
  • Campus : Kampus kamu di mana (UiTM Shah Alam)
  • Identity Card Number : No. kad Pengenalan kamu (901231015050)
  • Student ID Number : No Kad Matriks kamu (2020696569)
  • Year of Admission : Tahun kamu masuk belajar (2020)
  • Year of Completion : Tahun kamu habis belajar (2024)
  • State of Birth : Tempat lahir kamu (Selangor)
  • Nationality : Warganegara (Malaysia)
  • Mode of study : Mod belajar kamu (Part time? Full time? PJJ?)
  • Telephone number : Nombor telefon rumah @ handphone (03-5337598)
  • Result : Keputusan (Tengok pada keputusan yang kamu dapat dari email, complete @ incomplete)
  • Date of convocation : Tarikh konvokesyen kamu (Pelajar asasi tiada tarikh konvo, tulis '-')
  • Correspondence Address : Alamat rumah kamu
  • Postal Code : Poskod kamu (54100)
  • City / Town : Bandar kamu (Shah Alam)
  • Collection of Transcript : Cara kamu nak ambil transkrip, tanda / pada ruangan mail
  • 2-5 abaikan
  • Signature of Applicant : Tandatangan kamu

Wang Pos :

Pergi ke kaunter Pejabat Pos cakap nak beli wang pos RM10.. Wang pos rupanya begini..



  • Di ruangan 'Bayar kepada' tulis BENDAHARI UiTM

  • Lengkapkan bahagian maklumat pengirim di belakang wang pos, bagi nombor akaun, tulis boleh, tak tulis pun boleh.
Da siap tulis kedua-dua bahagian, keratkan bahagian kecil sebelah kiri dan simpan. 

Seterusnya, poskan kedua-2 borang dan wang pos ini.. Pos ke mana? Lihat entry Prosedur Memilki Transkrip Rasmi UiTM

Semoga bermanfaat..

Hukum Meletakkan Iklan dalam Blog

syafi khizar | 20:38 | 4Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Bangun pagi tadi, tiba-2 Yaya terfikir, Boleh ke letak Nuff dalam blog? Tak haram ke? Eh? Dari mana pula sumber duit dari Nuff tu? Yaya pun mengorat la Encik Google untuk mencari jawapan. Dan ! ! ! Alhamdulillah , Yaya dapat jawapan yang meyakinkan dari seorang Ustaz . Di bawah ini adalah petikan entry ustaz..


Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini. 
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik). 
Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan. 
Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. 
Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar. Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi borang jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya. 
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon. Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. 
Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut : “Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi : 
" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan " 
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut." 
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.


P/s : Barulah boleh letak Nuffnang dengan keadaan tenang kembali. Terima kasih Ustaz  !

Saturday, 13 June 2015

Sotong Goreng Kunyit

syafi khizar | 21:26 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yaya akan kongsikan resepi Sotong Goreng Kunyit versi , em' Yaya . . .

Pinjam siket gambar dari incik google .


Bahan-bahan :
  • Sotong (Potong jangan tak potong)
  • 1 ulas bawang besar / Holland 
  • 2 ulas bawang merah / kecil
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap
Cara-cara :
  1. Potong sotong ikut saiz mana yang kamu suka.
  2. Basuh sotong dan tapiskan (supaya air dia dapat dikeluarkan sepenuhnya).
  3. Bubuh sedikit kunyit dan garam pada sotong tu (macam nak buat kunyit pada ayam & ikan sebelum goreng tu).
  4. Goreng sotong tersebut separuh masak atau sampai kering air dalam sotong tu.
  5. Tumiskan bawang merah dan bawang besar sampai naik bau.
  6. Masukkan satu sudu sos tiram dan 1 sudu kicap, kacau rata.
  7. Agak-2 dah naik bau, masukkan sotong.
  8. Goreng haii goreng haii goreng sampai rasa sedap >_< Goreng sampai masak ! 
  9. Taraa ! Hidangan sudah siap.


Review : Sabun Resdung Rahsia Mak Andam

syafi khizar | 19:08 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yaya dapat hadiah seketul Sabun Resdung Rahsia Mak Andam.. Put your hands up... Kalau siapa-2 pernah guna.. Kesan dia ok atau k.o? Disebabkan ini adalah hadiah, maka, Yaya akan berusaha sedaya upaya menggungakannya secara optimum. Hamboii ! Ayat kau jemahh..

Antara kelebihan menggunakan sabun resdung ini :

  • Mengurangkan resung
  • Mengurangkan dan menghilangkan jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Menghilangkan parut dan jeragat
  • Menghilangkan hama dan gatal-2
  • Menegangkan kulit
Orang tu cakap, dalam masa sehari akan nampak perubahan.. Baiklah ! Jom buat eksperimen.. Nanti Yaya hapdatee pasal keberkesanannya..

Transkrip Rasmi UiTM

syafi khizar | 18:40 | 107Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Transkrip.. Apa tu??? Dalam bahasa mudah, transkrip ni macam report card sepanjang sem kita berada dekat sesebuah universiti. Transkrip penting untuk minta kerja, mohon biasiswa, mohon sambung belajar, etc..Peringatan kepada semua , transkrip ini amat penting sebelum masuk degree , sebab ia adalah dokumen yang perlu kita sediakan . Pesanan dari Yaya , lepas dapat result final je , terus isi borang nak amik transkrip , kalau tidak , kamu akan susah bila nak masuk degree nanti .

Memandangkan Yaya lepasan pelajar asasi UiTM.. Maka untuk itu, Yaya akan terangkan sedikit prosedur dalam mendapatkan transkrip UiTM..

Cara pertama (Pos):
  • Download borang dekat sini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 
  • Print dan isi borang tu
  • Beli wang pos RM10 atas nama Bendahari UiTM
  • Hantar borang dan wang pos (Tak perlu poskan sampul surat kosong) ke alamat :
    Students Records and Convocation Office of Registrar,
    Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,
    Universiti Teknologi Mara,
    40450 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tunggu 5 hari bekerja, transkrip kamu akan sampai depan pintu rumah kurang dari 2 minggu, bergantung pada tarikh surat kamu sampai kat office bahagian konvokesyen tu..
Cara kedua (Walk-in):
  • Bayar dekat mesin ATM Bank Islam RM10
    Masukkan card > Nombor pin > Bank Islam > Lain-2 > Yuran IPT & Bil > Yuran IPT > Masukkan nombor IC > Pilih yang ada nombor matriks + 007 (kalau tak silap)
  • Pergi UiTM Shah Alam [Bawa sekali resit yang dah bayar RM10 tu)
  • Pergi Pejabat Konvokesyen kemudian cakap nak ambil transkrip
  • Isi borang, tunjuk resit Bank Islam RM10 tunggu sekejap, kemudian dapatlah transkrip kamu nanti :D

Friday, 12 June 2015

Ayat Sentap

syafi khizar | 09:28 | 10Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua  ! Jumaat terakhir sebelum menyambut Ramdhan Al-Mubarak..

Bersempena dengan hari Jumaat ni, Yaya nak kongsikan beberapa ayat yang boleh dikatakan sentap juga la, kadang-2 terkena kat Yaya sendiri kiriman rakan Yaya.
Seringkali hati bermaksiat, sementara tubuh menampakkan ketaatan
Bintik hitam atas tembikai cantik  ! Bintik hitam atas hati buruk .
Hidup.. Selagi tak pahit tak manis. Tak kenal luka tak nikmat bahagia.
Jangan sampai hati mati kerana hidup ini bermula dari hati.
Yang pertama tak semestinya yang terbaik TETAPI yang pertama akan selalu jadi kenangan.
The greatest pretenders forget to remember the lies. The stars that I wish on are only airplanes. 'Cause we're picture perfect in a broken frame'
Awak dalam gelap sebab awak tak buka 'lampu' (Al-Quran).
Aku lakar semua mimpi yang hadir. Dia lukis semuanya yang dinamakan takdir.
Aku hairan melihat manusia yang sering manyucikan wajahnya TETAPI tidak hatinya.

P/s : Credit to CikPuanRoti

Klik Ayat Sentap 2

Thursday, 11 June 2015

Tempahan Biskut Raya Nourlie Cookies

syafi khizar | 20:58 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Bersempena raya yang bakal menjelma.. Ehem.. Lagi dua bulan hokey.. Persiapan nak menyambut raya maksud Yaya..

Nak promot sikit business kakak sepupu Yaya.. Dulu aunty Yaya yang buat bisnes ni, and now, menantunya pula ambil alih.. Alhamdulillah..

Have a look ! Biskut yang yummy ! Aromalicious.. Delicious.. Marvelous ! Apa lagi, cepat-2 whatsapp nombor bawah ni :D.. In shaa Allah, harga special akan diberi.. Dan macam-2 jenis kuih ada..

Kelebihan Nourlie Cookies :

  • 100% pure buttercup
  • 100% homemade






P/s :

Aunty Yaya bukan pengasas Nourlie Cookies, just an agent and running up the business together with Nourlie Cookies :D

Langkah untuk Berubah

syafi khizar | 20:11 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ni Yaya akan kongsikan beberapa langkah untuk berubah.. Berubah dalam menuntut ilmu maksud Yaya.. Aiceh.. Jet-2 pakar motibasivasi.. Jom ! Mulakan..

Sumpahku untuk berubah demi menuntut ilmu..

  1. IKHLAS :
    Aku ingin berubah tanpa dipaksa-2.. Untuk peringkat awal, yap ! Memang betul.. Bila kita nak berubah demi kebaikan, tak boleh orang paksa-2, nanti tak ada kemanisan dalam menuntut ilmu tu.. Niat pun nanti da jadi lain..

  2. TAQWA :
    Aku ingin berbah kerana Allah s.w.t sukakan orang yang berubah demi kebaikan. Perubahan aku kerana perintah Allah s.w.t..

  3. MELETAKKAN MATLAMAT :
    Aku berubah untuk mencapai cita-citaku. Aku berubah untuk membalas jasa kedua ibubapaku, guru-guruku dan ahli keluargaku..

  4. BERAMAL DENGAN ILMU YANG DIPELAJARI :
    Ilmu yang aku pelajari ini, akanku gunakan untuk kebaikan keluargaku, tempat kerjaku, perniagaanku, negaraku, dunia dan akhiratku.. Penting ! Sangat penting !  Bila da belajar, amalkan.. Macam mana nak amalkan? Ajar orang lain bila dapat sesuatu ilmu.. barulah kita ingat nanti..

  5. MENGHORMATI GURU DAN MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN :
    Aku hormati guruku. Dia yang telah mengajarku. Jika dia tidak menghalalkan ilmu yang diajarnya itu, maka sia-sialah usahaku selama ini.. Dalam point ni, Yaya suka sangat, setiap kali habis kelas, personally, ucap terima kasih dan salam cikgu tu.. Kalau tak sempat ucap terima kasih & salam dalam kelas, Yaya akan berlari keluar untuk berbuat demikian.. Rasa macam lebih menghargai guru itu..

  6. MENTAATI IBUBAPA DALAM PERKARA-PERKARA KEBAIKAN :
    Aku berubah ini tanpa menderhaka kepada kedua ibubapaku. Mereka telah mendidikku, memberi makan dan pakai, memeliharaku sejak kecil dan memberikan apa yang aku minta. Aku mesti taat kepada mereka. 
Selamat beramal !

P/s : Doakan Yaya berjaya dunia akhirat.. Amiin..

Wednesday, 10 June 2015

Ayah

syafi khizar | 22:10 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Somebody asked me to describe my lovely father..

And...

I don't know how to describe to let them understand about my father..

And..

Just now.. I saw someone posted this on Facebook..

And...

Yeah ! That's my daddy :)

Your Words

syafi khizar | 18:59 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Mood hari ni, tiba-2 terfikir..

Dalam hidup ni, bila tiba masanya nanti..

Yaya nak dengar satu perkataan je nanti..

"Promise me you'll always guide me and bring me closer to Allah"

'Promise'

That's all..

Masjid by Dr. AFL

syafi khizar | 18:54 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Sedekah by Dr. AFL

syafi khizar | 18:51 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Susah?
Tak mampu beri sedekah?
Saat yang kamu rasa tak mampu itulah saat yang paling tepat untuk bersedekah.
Nanti kamu akan lihat & terperanjat, sejurus itu, Allah akan lapangkan urusanmu & murahkan rezekimu.
(Dr. AFL) 

Tuesday, 9 June 2015

Pendaftaran MUET Sesi November 2015

syafi khizar | 12:35 | 0Comments |


Bismillah..
Assalamualaikum..
Untuk mereka yang bakal mengambil MUET sesi November 2015 ini, Yaya ada sediakan sedikit panduan.. 

P/s : Info dari FB Pusat Asasi UiTM.. Kalau tak faham, boleh tanya Yaya..

Malaysian University English Test (MUET) adalah salah satu SYARAT WAJIB untuk permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
SEMUA PELAJAR ASASI hendaklah mendaftar sebagai calon persendirian bagi SESI NOVEMBER dan pusat ujian yang dipilih hendaklah berdekatan dengan kawasan tempat tinggal masing-masing. 

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi ujian MUET:
SESI NOVEMBER

Tarikh Pendaftaran Dibuka
5 Mei 2015

Tarikh Pendaftaran Ditutup
19 Jun 2015

Tarikh Ujian Speaking MUET
7, 8, 9, 10, 14 dan 15 September 2015

Tarikh Ujian Bertulis
7 November 2015

YURAN UJIAN MUET
PERKARA JUMLAH BAYARAN
Yuran Pendaftaran RM 40.00
Yuran Mata Pelajaran RM 60.00
Jumlah RM 100.00

Nota:
a) Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli No. Pin MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau perbankan internet.
b) BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.06 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
c) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.
Pautan berkaitan :
1. Maklumat lanjut sila layari laman http://online.mpm.edu.my/
2. Download manual pendaftaran MUET bagi calon persendirian di link berikut http://online.mpm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=dd0407f0-d638-4194-9268-d224b265629c&groupId=10170
3.Arahan Dan Panduan Pendaftaran Calon MUET Tahun 2015